Alhamdullilah, Allah panjangkan lagi usia kita bertemu pada Ramadan tahun ini, tiada bulan yang terbaik untuk kita bersedekah melainkan bulan Ramadan.
Bakul Kasih Ramadan merupakan salah satu daripada program kebajikan yang dilaksanakan oleh NGO Syabab Care bagi meringankan sedikit bebanan golongan fakir miskin dan asnaf yang memerlukan sumbangan yang berbentuk barang keperluan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan
Kongsikan kegembiraan anda dengan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka 🥰😍
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
Riwayat Al-Tirmizi (807)
Bagi setiap sumbangan yang diberikan, pihak penyumbang bersetuju melantik Syabab Care sebagai wakil bagi menguruskan sumbangan kepada penerima seperti yang disasarkan. Sebanyak 10% akan diambil daripada sumbangan yang diberikan oleh setiap penyumbang diatas dasar wakalah.
Semoga Allah berkati rezeki kita semua dan dibalas dengan sebaik-baiknya ganjaran pahala yang berlipat ganda.