Syabab Care Malaysia (SCM) telah diasaskan pada tahun 2014 atas nama Kelab Belia Amal Gombak. Ia bermula dengan misi korban serta bantuan bencana alam tempatan. Seterusnya, SCM mula bergerak aktif pada Julai 2018 bertitik tolak daripada kejadian gempa bumi di Kepulauan Lombok dan Sulawesi , Indonesia. Susulan itu ia mencetuskan puluhan misi kemanusiaan dan kebajikan, Waqaf 1000 Sumur Lombok, Wakaf Telaga Malaysia dan Waqaf Masjid As Syabab, Waqaf Tanah Kubur, Waqaf Pusat Tarbiah Lombok Utara.

Pada awal tahun 2019, Syabab Care Malaysia secara rasminya telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia sebagai NGO dan mengangkat tema “Kita Bertemu Kerana Allah”. Antara fokus dan objektif pertubuhan ini terarah kepada bantuan ummah di rantau Nusantara meliputi aspek Kebajikan, Dakwah dan Kemanusiaan.

ms_MYMalay