Projek Syabab Qurban merupakan projek tahunan Syabab Care Malaysia sejak awal penubuhan pada tahun 2014. Sehingga hari ini, seramai lebih kurang 2,270 peserta telah terlibat dalam projek Syabab ini ketika musim raya haji. Sebanyak 7 negara telah terlibat antaranya ialah Malaysia, Borneo, Kemboja, Filipina Papue New Guinea, Yaman, Thailand dan Indonesia.
Kini, memasuki tahun ke-11 , Syabab Care Malaysia meluaskan sayap untuk melaksanakan Projek Qurban ke beberapa tempat berbeza bagi memberi peluang kepada lebih ramai lagi untuk melaksanakan ibadah korban yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai insan di luar sana dengan harga yang mampu milik.